Monday, December 19, 2022

Kenapa pandang sinis, salahkah balik kerja on time?

Dipandang sinis apabila balik on time? Perkara ini sering berlaku di kalangan rakan-rakan di pejabat. Bila balik kerja tepat waktunya atau on time rasa bersalah seolah-olah melanggar disiplin. Apa nak takut? Balik kerja on time bukan satu kesalahan. Kita akan rasa malu atau serba salah kalau kita masuk office lambat tapi balik on time. Itu memang patut rasa bersalah sebab melanggar disiplin. 

Always leave office on time

Andai kata waktu kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bila habis waktu kerja pukul 5.00 petang boleh terus get ready balik. Majikan tentu suka bila ada kakitangan suka stay back buat kerja walhal mereka tak layak claim overtime. 
Jadi untuk memberi kesedaran kepada kakitangan yang terasa bersalah bila balik kerja on time atau selalu kena perli, siapa yang pandang sinis tu boleh rujuk:

Seksyen 60A(9) Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang memperuntukkan bahawa: 


"Hours of work" atau “Waktu-waktu kerja” dinyatakan seperti berikut:

Seksyen 60A(9) Employment Act 1955


“the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements"

"jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri"

Jadi tepuk dada tanya diri sendiri, adakah kita ingin mengikut undang-undang semata-mata atau ingin mendapat keberkatan rezeki. Di sini kejujuran sangat penting. Undang-undang melindungi hak kita tetapi jangan lupa juga dengan amanah dan tanggungjawab kita terhadap majikan. 







Share:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © Workwise Chronicles | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com