Showing posts with label Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Show all posts
Showing posts with label Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Show all posts

Monday, December 11, 2023

Mengapa Surat Tawaran Kerja Penting?

Ramai pekerja ditipu oleh majikan mereka tentang upah, waktu bekerja, bonus dan segala keistimewaan lain yang wajar diterima oleh pekerja. Perkara ini berlaku disebabkan semasa interview majikan bermulut manis dengan menjanjikan segala yang indah-indah belaka demi mendapat pekerja yang bagus. 

Sebenarnya, segala janji manis majikan tersebut perlu dinyatakan dalam surat tawaran kerja ("letter of offer") bagi mengelakkan sekadar "janji tinggal janji". Pekerja perlu menyemak kandungan surat tawaran kerja tersebut sama ada segala janji-janji manis yang ditabur majikan sebelum mengambil anda bekerja ada dinyatakan dalam surat tersebut. Ramai pekerja tidak peka dengan kandungan yang dinyatakan dalam surat tawaran kerja kerana mereka teruja dengan pekerjaan baru yang bakal disandang.
 
Letter of Offer

Lebih parah lagi ada juga antara pekerja yang tidak menerima surat tawaran kerja apabila diterima masuk bekerja.. Jadi sila pastikan pekerja menandatangani surat tawaran kerja apabila mendapat tawaran pekerjaan dengan majikan baru. 

Untuk pengetahuan anda, seseorang mesti menerima surat tawaran kerja sebelum melaporkan diri di tempat kerja baru. Sekiranya tiada surat tawaran kerja dikeluarkan oleh majikan baru anda, sebenarnya ianya satu risiko yang perlu anda tanggung di kemudian hari.

Surat tawaran kerja ini adalah satu dokumen penting yang menyatakan hak dan keistimewaan anda dapat sebagai pekerja seperti jawatan, jumlah cuti tahunan dan info-info lain yang dirasakan perlu. Sebahagian dari majikan ada membuat pemberitahuan keputusan temuduga yang disampaikan secara lisan mahupun email, WhatsApp atau medium yang lain. 

Walau anda teruja kerana ditawarkan kerja, namun pastikan anda meneliti betul-betul isi kandungan surat tawaran kerja anda supaya tidak menyesal di kemudian hari. Sebenarnya, penyampaian tanpa mengeluarkan surat tawaran kerja dianggap tidak rasmi, calon pekerja perlu mendapat surat tawaran kerja yang lengkap oleh syarikat tersebut.

Okay, bila dapat surat tawaran kerja perkara berikut wajar diberi perhatian bagi mengelakkan anda ditindas atau tidak mendapat hak anda sebagai pekerja. Pastikan surat tawaran kerja tersebut ditujukan kepada anda dengan menyatakan:

1 - Nama penuh

2 - Tarikh permulaan bekerja (optional)

3 - Jawatan yang ditawarkan

4 - Jumlah gaji

5 - Nama dan jawatan 

6 - Jumlah manfaat seperti Cuti Tahunan (Annual Leave), Cuti Sakit (Medical Leave), Cuti Kemasukan Hospital (Hospitalisation Leave)  

7. Polisi insurans (Insurance Policy)

8 - Jumlah caruman EPF & SOCSO oleh pekerja & majikan

9 - Waktu & lokasi bekerja

10 - Manfaat perubatan (Medical Entitlement)

11 - Tempoh percubaan bekerja (Probation Period)

12 - Tempoh perletakan jawatan (Notice period)

13 - Dicetak didalam kepala surat syarikat (printed in company's letterhead)

14 - Tandatangan persetujuan oleh pihak majikan dan penerimaan oleh pekerja

Sekiranya majikan baru anda tidak memberi surat tawaran kerja, apakah yang perlu anda lakukan? Jika sudah mula bekerja tapi masih belum dapat surat tawaran kerja, macam mana pula?

Kalau bakal majikan anda tidak mengeluarkan atau tak menjanjikan sebarang surat tawaran kerja, anda berhak untuk tidak melaporkan diri di tempat kerja baru tersebut. Selain itu, anda juga boleh melaporkan perkara ini kepada Jabatan Tenaga Kerja / Jabatan Buruh (Labour Department) dengan mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa anda diterima bekerja di tempat baru.

Mengapa surat tawaran kerja penting?

Surat tawaran kerja penting bagi seorang pekerja yang ditawarkan bekerja di sebuah syarikat kerana ia merupakan bukti bertulis rasmi daripada pihak majikan. Surat tawaran kerja ni juga untuk menjamin seseorang pekerja mendapat perlindungan dari pihak majikan ataupun kerajaan seperti caruman KWSP, SOCSO dan sebagainya.

Semoga article ini membantu anda.

Selamat Maju Jaya!

Share:

Monday, February 6, 2023

Cara Tangani Layanan Tidak Adil di Tempat Kerja

Walaupun majoriti pekerja mengharapkan akan dilayan secara adil di tempat kerja, malangnya keadaan ini tidak selalu berlaku. Majoriti pekerja berandaian bahawa mereka akan menerima layanan dan peluang yang sama rata untuk kemajuan dalam organisasi berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka, namun perkara sebaliknya berlaku. Mereka dilayan secara tidak adil.

Masih terdapat pekerja berhadapan dengan diskriminasi atau layanan tidak adil daripada rakan sekerja atau orang atasan di tempat kerja. Jika pekerja berdepan dengan situasi dilayan secara tidak adil di tempat kerja, apakah yang patut dilakukan? 

Sebelum menjawab persoalan di atas. Kita perlu fahami perkara berikut.

Apakah Perlakuan Adil?

Anda perlu memahami hak anda sebagai pekerja dan perkara yang perlu dilakukan jika anda mengalami pengabaian atau layanan tidak adil di tempat kerja. Disebabkan oleh amalan pengurusan yang tidak sihat, layanan tidak adil di tempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan selalunya sukar dikesan.

Contoh paling tipikal perlakuan tidak adil di tempat kerja disenaraikan di bawah untuk pengetahuan anda:

  • Menyebarkan khabar angin tentang rakan sekerja
  • Diskriminasi berdasarkan ciri yang dilindungi seperti jantina, jantina, umur, kecacatan atau yang lain seperti pilih kasih dan membuat pengecualian untuk kemajuan pekerjaan dan kenaikan pampasan
  • Tidak mengikut proses yang sewajarnya apabila memecat atau menghukum pekerja

Ini hanyalah beberapa contoh, tetapi pekerja perlu sedari bahawa setiap pekerja mempunyai hak dilayan secara adil atau tanpa diskriminasi.

  • Gagal melaksanakan proses wajar apabila memecat atau menghukum pekerja

Ini hanyalah beberapa contoh, tetapi adalah penting untuk menyedari bahawa semua pekerja mempunyai hak untuk dilayan secara adil. Sebarang bentuk layanan tidak adil atau diskriminasi tidak boleh diterima kerana setiap pekerja mempunyai hak untuk mendakwa atas layanan tidak adil jika mereka percaya ia telah berlaku.

Tetapi apakah pilihan yang sebenarnya ada pada pekerja dalam jawatan ini?

Stop discrimination


Cara Menangani Layanan Tidak Adil di Tempat Kerja

Terdapat beberapa tindakan yang boleh anda ambil untuk mempertahankan hak anda jika anda mengalami layanan yang tidak adil di tempat kerja:

Sediakan bukti dalam bentuk penulisan (tulisan tangan, teks - Bolehkah anda membuktikannya?)   Mendokumentasikan bukti kesalahan setepat yang anda boleh adalah salah satu perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda menerima keadilan. Ini termasuk menjejaki memo dalaman, mel suara dan e-mel yang mengandungi layanan tidak adil atau diskriminasi.

Jika anda memutuskan untuk meninggalkan syarikat atau dipecat, anda mungkin boleh menggunakan maklumat ini sebagai leverage untuk merundingkan pakej pemecatan anda dan syaratnya. Menulis maklumat sebaik sahaja ia berlaku juga bermanfaat.

Laporkan Perlakuan tersebut

Langkah seterusnya ialah memaklumkan secara rasmi kepada jabatan HR anda atau peguam bereputasi tentang pengalaman anda. Ini akan menjamin bahawa aduan anda diakui secara rasmi dan ia sampai kepada pihak yang berkenaan.

Jangan bimbang, majikan anda tidak boleh memecat anda atau melepaskan anda selepas anda membuat aduan. Dengan memfailkan aduan, anda boleh menghalang tingkah laku diskriminasi masa hadapan dan penamatan yang salah.

Elak Menggunakan Media Sosial untuk Membincangkan Isu Tempat Kerja

Menyiarkan sesuatu masalah atau isu secara umum di media sosial tentang pengalaman anda adalah salah satu cara paling mudah untuk menyakiti diri sendiri. Ini mungkin bukan sahaja memberikan tanggapan palsu atau salah tentang apa yang berlaku, tetapi ia juga boleh merosakkan reputasi anda dari semasa ke semasa.

Peguam yang mahir dengan kes isu pekerjaan mungkin akan mencadangkan anda supaya tidak membuat sesuatu posting di akaun media sosial anda berkenaan masalah anda di tempat kerja sehingga kes anda diselesaikan kerana peguam pihak lawan mungkin mencari akaun media sosial anda untuk mendapatkan bukti bagi menyokong penamatan anda atau mengeksploitasi khabar angin ini untuk keuntungan mereka.

Hubungi Perunding Bebas HR

Sila rujuk kepada wakil atau perunding bebas HR yang dipercayai dan berpengalaman yang boleh membantu anda meneruskan tindakan selanjutnya. Jika anda bergelut untuk memutuskan perkara yang perlu dilakukan mengenai diskriminasi atau layanan tidak adil di tempat kerja terhadap anda, hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

Share:

Friday, December 30, 2022

Apakah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 Yang Perlu Diketahui?

APAKAH AKTA KERJA 1955 PINDAAN 2022 YANG PERLU DIKETAHUI? | Mantan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar sebelum ini mengesahkan bahawa Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini diwujudkan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam tempoh bekerja yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September lalu. Liputan akta ini terpakai kepada semua pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tujuan pindaan ini dibuat adalah bagi meningkatkan dan menambahbaik perlindungan dan kebajikan pekerja di negara ini serta memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini selaras dengan standard antarabangsa.

Oleh yang demikian, semua pekerja sektor swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan wajar dilindungi dan beroleh manfaat sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

 Pekerja sektor swasta 

Sebagai pekerja dan majikan, anda perlu mengambil cakna tentang Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 agar tiada salah faham yang wujud bagi kedua-dua belah pihak.

Pindaan akta ini antaranya meliputi:

1. Waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam

Sebelum ini, tempoh waktu bekerja adalah dari 48 jam. Namun, pindaan dibuat bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja. Malah, pekerja boleh bekerja dengan waktu yang fleksibel. Oleh itu, keputusan daripada kerajaan sebulat suara untuk mengurangkan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.

2. Cuti bersalin dipanjangkan 98 hari

Kerajaan sudah pun sebulat suara untuk melanjutkan cuti yang pada awalnya 60 hari kepada 98 hari. Malah, elaun bersalin juga dilanjutkan kepada 98 hari.

3. Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik

Berdasarkan Akta (Pindaan) 2022 ianya digabungkan iaitu cuti sakit berbayar adalah selama 14, 18 atau 22 hari bersama dengan cuti hospitalisasi 60 hari.

4. Cuti Paterniti 7 hari

Cuti Paterniti adalah cuti untuk suami membantu para isteri yang baru melahirkan anak. Dahulu, cuti paterniti hanya diberikan selama 3 hari tetapi selepas pindaan cuti paterniti dinaikkan sebanyak 7 hari dengan syarat pekerja tersebut hendaklah bekerja dengan majikan selama 12 bulan.

5. Pengiraan gaji tidak lengkap bulan

Pengiraan gaji bagi tidak lengkap bulan adalah berdasarkan ‘calendar of month’ dan bukannya 26 hari.

6. Hak wanita hamil tetap di jawatan yang sama

Tidak boleh sesuka hati memecat atau membuang pekerja wanita yang hamil sekiranya mereka tidak melanggar tiga perkara yang boleh membuat penamatan iaitu melanggar syarat kontrak kerja, masih melakukan tindakan salah laku selepas diberikan surat amaran dan syarikat terpaksa ditutup akibat muflis.

7. Notis kesedaran gangguan seksual

Majikan diwajibkan untuk menampal notis tentang kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.

8. Kelulusan awal Ketua Pengarah dalam penggajian pekerja asing

Pindaan turut mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Antara pindaan utama yang lain adalah pembayaran upah melalui bank/cek dan tunai, larangan diskriminasi dalam pekerjaan, larangan buruh paksa, kontraktor untuk buruh mesti mengadakan kontrak dengan prinsipal, anggapan pekerja dan majikan, kuasa tambahan Mahkamah Majistret dan pelanjutan tempoh rayuan dan tempoh perantisan minimum enam bulan dan maksimum 24 bulan.


Share:

Monday, December 19, 2022

Kenapa pandang sinis, salahkah balik kerja on time?

Dipandang sinis apabila balik on time? Perkara ini sering berlaku di kalangan rakan-rakan di pejabat. Bila balik kerja tepat waktunya atau on time rasa bersalah seolah-olah melanggar disiplin. Apa nak takut? Balik kerja on time bukan satu kesalahan. Kita akan rasa malu atau serba salah kalau kita masuk office lambat tapi balik on time. Itu memang patut rasa bersalah sebab melanggar disiplin. 

Always leave office on time

Andai kata waktu kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bila habis waktu kerja pukul 5.00 petang boleh terus get ready balik. Majikan tentu suka bila ada kakitangan suka stay back buat kerja walhal mereka tak layak claim overtime. 
Share:
Copyright © Workwise Chronicles | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com