Majikan tidak boleh beri sebarang alasan untuk tidak melaksanakan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 kerana ianya telah dirunding secara bersama sebanyak 18 kali sejak 2018.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia |
Sangat penting bagi anda sebagai pekerja untuk mengetahui 9 hak yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini. Hal ini bagi mengelakkan dari pekerja ditindas sewenang-wenangnya oleh majikan dan pegawai atasan anda, hanya kerana anda seorang pekerja bawahan.
Berikut merupakan pindaan di bawah Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) yang bermula 1 januari 2023 sekiranya majikan melanggar ianya merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sekiranya tidak dilaksanakan iaitu:
1) Waktu Bekerja Seminggu
- majikan meminta anda bekerja terus 5 jam tanpa henti tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit lamanya.
- Anda diarahkan bekerja lebih 8 jam dalam satu hari
- Anda terpaksa bekerja lebih 48 jam dalam tempoh seminggu
PINDAAN: Akta buruh waktu bekerja seminggu maksimum 45 jam sahaja (termasuk waktu rehat) tidak kira anda kerja 12 jam, shift malam atau siang tetap, ini undang undang terbaru di Malaysia.
2) Pembayaran Gaji
- Tempoh bayaran gaji tidak boleh melebihi satu (1) bulan (Seksyen 18 Akta Kerja 1955)
- Bayaran gaji hendaklah tidak lewat dari hari ke-7 selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah (Seksyen 19 Akta Kerja 1955)
- Penamatan pekerja, gaji hendaklah dibayar pada hari ianya ditamatkan (Seksyen 21(1) Akta Kerja 1955)
- Sekiranya pekerja meletak jawatan, gaji hendaklah dibayar tidak lewat dari hari ke-3 perletakan jawatan itu berlaku (Seksyen 21(2) Akta Kerja 1955)
- Bayaran Ganti Rugi Notis jika ditamatkan serta-merta dan Faedah Penamatan Kerja jika pekerja telah berkhidmat sekurang-kurangnya genap 1 tahun hendaklah dibayar serentak dengan item bullet (ii) dan (iv) di atas.
- 2 tahun = 14 hari bilangan cuti
- 5 tahun dan lebih = 22 hari bilangan cuti
4) Notis Berhenti Kerja
- 1 - 2 tahun = 10 hari gaji setahun
- 2 - 5 tahun = 15 hari gaji setahun
- 5 tahun & lebih = 20 hari gaji setahun
- Bekerja pada hari kelepasan am bergaji seperti yang termaktub dalam seksyen 6D 10(a) & (b) Akta Kerja 1955.
- Anda sedang dianiaya oleh majikan anda apabila tidak mendapat jumlah cuti tahunan yang telah ditetapkan dalam Seksyen 60E, Akta Kerja 1955
Tahun perkhidmatan = Bilangan cuti
- Kurang 2 Tahun = 8 hari cuti
- Antara 2 Tahun Hingga 5 Tahun = 12 hari cuti
- Lebih 5 Tahun 16 Tahun
6) Ganti Rugi Notis
Mana-mana pekerja yang ingin menamatkan perkhidmatan hendaklah memberi notis (Seksyen 12, Akta Kerja 1955), mengikut tempoh perkhidmatan seperti berikut:
- berkhidmat bawah 2 tahun = 4 minggu (1 bulan);
- tahun ke-2 hingga ke-5 = 8 minggu (2 bulan); dan
- lebih 5 tahun = 12 minggu (3 bulan)
Kaedah pengiraan:
Gaji x 28 @ 42 @ 56 hari = RM? / Bilangan hari dalam bulan berkenaan
7) Cuti Bersalin Pindaan 2019 & Cuti Paterniti
Cuti Bersalin 90 hari bagi pekerja swasta. Cuti Paterniti 7 hari
8) Pekerja Wanita
- Anda diarahkan bekerja di sektor pertanian / perusahaan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi;
- Anda diarahkan kerja di bawah tanah bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi
9) Bayaran Kerja Lebih Masa (overtime)
Anda boleh menuntut bayaran kerja lebih masa (Seksyen 60(3) dan Seksyen 60(1), Akta Kerja 1955).
- Hari biasa (1.5 kali ganda), formula : [Gaji pokok / 26 x 1.5 x bilangan jam]
- Hari Rehat (2.0 kali ganda), formula : [Gaji pokok / 26 x 2.0 x bilangan jam]
- Hari Kelepasan Am (3.0 kali ganda), formula : [Gaji pokok / 26 x 3.0 x bilangan jam]
Semoga article ini memberi panduan kepada anda untuk mengetahui hak-hak anda sebagai pekerja.