Saturday, December 31, 2022

9 Pindaan Utama dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022

Majikan tidak boleh beri sebarang alasan untuk tidak melaksanakan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 kerana ianya telah dirunding secara bersama sebanyak 18 kali sejak 2018.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Sangat penting bagi anda sebagai pekerja untuk mengetahui 9 hak yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini. Hal ini bagi mengelakkan dari pekerja ditindas sewenang-wenangnya oleh majikan dan pegawai atasan anda, hanya kerana anda seorang pekerja bawahan.

Berikut merupakan pindaan di bawah Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) yang bermula 1 januari 2023 sekiranya majikan melanggar ianya merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sekiranya tidak dilaksanakan iaitu:

1) Waktu Bekerja Seminggu

  • majikan meminta anda bekerja terus 5 jam tanpa henti tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit lamanya.
  • Anda diarahkan bekerja lebih 8 jam dalam satu hari
  • Anda terpaksa bekerja lebih 48 jam dalam tempoh seminggu

PINDAAN: Akta buruh waktu bekerja seminggu maksimum 45 jam sahaja (termasuk waktu rehat) tidak kira anda kerja 12 jam, shift malam atau siang tetap, ini undang undang terbaru di Malaysia.

2) Pembayaran Gaji

  • Tempoh bayaran gaji tidak boleh melebihi satu (1) bulan (Seksyen 18 Akta Kerja 1955)
  • Bayaran gaji hendaklah tidak lewat dari hari ke-7 selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah (Seksyen 19 Akta Kerja 1955)
  • Penamatan pekerja, gaji hendaklah dibayar pada hari ianya ditamatkan (Seksyen 21(1) Akta Kerja 1955)
  • Sekiranya pekerja meletak jawatan, gaji hendaklah dibayar tidak lewat dari hari ke-3 perletakan jawatan itu berlaku (Seksyen 21(2) Akta Kerja 1955)
  • Bayaran Ganti Rugi Notis jika ditamatkan serta-merta dan Faedah Penamatan Kerja jika pekerja telah berkhidmat sekurang-kurangnya genap 1 tahun hendaklah dibayar serentak dengan item bullet (ii) dan (iv) di atas. 
3) Cuti Sakit Bergaji

Tahun Perkhidmatan 
  • 2 tahun = 14 hari bilangan cuti
Genap 2 tahun, kurang 5 tahun = 18 hari bilangan cuti
  • 5 tahun dan lebih = 22 hari bilangan cuti
Nota: Jika dimasukkan ke wad tertakluk kepada tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 60 hari.

Contoh: Pn. Asmah telah berkhidmat selama 2 tahun dan telah dimasukkan ke wad. Maka, beliau layak mendapat cuti sakit selama 18 hari. Jika melebihi 18 hari, beliau masih layak mendapat cuti sakit bergaji tidak melebihi 60 hari keseluruhannya.

Anda tidak mendapat gaji dalam tempoh cuti sakit bergaji termasuk kena kuarantin Covid-19 di rumah walaupun anda berhak berdasarkan tahun perkhidmatan anda seperti yang termaktub dalam Seksyen 60F, Akta Buruh 1955.

4) Notis Berhenti Kerja

Anda terpaksa berhenti kerja tetapi tidak mendapat jumlah yang setimpal seperti contoh pengiraan faedah penamatan kerja (berhenti kerja) seperti VSS / MSS di bawah peraturan-peraturan kerja yang terkandung dalam Faedah Penamatan dan Rentikerja Sementara 1980 (Peraturan 3).

Faedah Penamatan Kerja

Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sementara 1980) (Peraturan 3), memberi hak kepada pekerja mendapat faedah ini jika telah berhenti kerja:

Kelayakan
  • 1 - 2 tahun = 10 hari gaji setahun
  • 2 - 5 tahun = 15 hari gaji setahun
  • 5 tahun & lebih = 20 hari gaji setahun
Kaedah Pengiraan :

Gaji + ET x 12 bulan x Kelayakan x Bilangan tahun kerja / 365 hari

5) Cuti Umum Tahunan

Pekerja berhak mendapat kemudahan minimum seperti berikut:

1. Hari Rehat Mingguan (Seksyen 59 dan 69 Akta Kerja 1955)
1 hari rehat dalam seminggu. Jika diarahlan oleh majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar - rujuk Seksyen 60(3) Akta Kerja 1955

2. Hari Kelepasan Am Bergaji (Seksyen 600(1)(a) dan (b) Akta Kerja 1955)

Minimum 11 hari kelepasan am setahun iaitu 5 hari wajib:

(a) Hari Keputeraan DYMM YDP Agong
(b) Hari Keputeraan DYMM Sulatn / Wilayah Persekutuan
(c) Hari Pekerja
(d) Hari Kebangsaan
(e) Hari Malaysia
(f) Mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti / Kelepasan Am 1951

Jika anda masih perlu bekerja 7 hari seminggu tanpa dibayar sebarang bayaran tambahan :

  • Bekerja pada hari kelepasan am bergaji seperti yang termaktub dalam seksyen 6D 10(a) & (b) Akta Kerja 1955. 
  • Anda sedang dianiaya oleh majikan anda apabila tidak mendapat jumlah cuti tahunan yang telah ditetapkan dalam Seksyen 60E, Akta Kerja 1955

Tahun perkhidmatan = Bilangan cuti

  • Kurang 2 Tahun = 8 hari cuti
  • Antara 2 Tahun Hingga 5 Tahun = 12 hari cuti
  • Lebih 5 Tahun 16 Tahun

6) Ganti Rugi Notis

Mana-mana pekerja yang ingin menamatkan perkhidmatan hendaklah memberi notis (Seksyen 12, Akta Kerja 1955), mengikut tempoh perkhidmatan seperti berikut:

  • berkhidmat bawah 2 tahun = 4 minggu (1 bulan); 
  • tahun ke-2 hingga ke-5 = 8 minggu (2 bulan); dan 
  • lebih 5 tahun = 12 minggu (3 bulan)

Kaedah pengiraan:

Gaji x 28 @ 42 @ 56 hari = RM? / Bilangan hari dalam bulan berkenaan

7) Cuti Bersalin Pindaan 2019 & Cuti Paterniti

Cuti Bersalin 90 hari bagi pekerja swasta. Cuti Paterniti 7 hari 

8) Pekerja Wanita

  • Anda diarahkan bekerja di sektor pertanian / perusahaan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi;
  • Anda diarahkan kerja di bawah tanah bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi

9) Bayaran Kerja Lebih Masa (overtime)

Anda boleh menuntut bayaran kerja lebih masa (Seksyen 60(3) dan Seksyen 60(1), Akta Kerja 1955).

Kadar seperti berikut:
  • Hari biasa (1.5 kali ganda), formula : [Gaji pokok / 26 x 1.5 x bilangan jam]
  • Hari Rehat (2.0 kali ganda), formula : [Gaji pokok / 26 x 2.0 x bilangan jam]
  • Hari Kelepasan Am (3.0 kali ganda), formula : [Gaji pokok / 26 x 3.0 x bilangan jam]

Semoga article ini memberi panduan kepada anda untuk mengetahui hak-hak anda sebagai pekerja.

Share:

Friday, December 30, 2022

Apakah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 Yang Perlu Diketahui?

APAKAH AKTA KERJA 1955 PINDAAN 2022 YANG PERLU DIKETAHUI? | Mantan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar sebelum ini mengesahkan bahawa Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini diwujudkan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam tempoh bekerja yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September lalu. Liputan akta ini terpakai kepada semua pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tujuan pindaan ini dibuat adalah bagi meningkatkan dan menambahbaik perlindungan dan kebajikan pekerja di negara ini serta memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini selaras dengan standard antarabangsa.

Oleh yang demikian, semua pekerja sektor swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan wajar dilindungi dan beroleh manfaat sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

 Pekerja sektor swasta 

Sebagai pekerja dan majikan, anda perlu mengambil cakna tentang Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 agar tiada salah faham yang wujud bagi kedua-dua belah pihak.

Pindaan akta ini antaranya meliputi:

1. Waktu kerja seminggu dihadkan kepada 45 jam

Sebelum ini, tempoh waktu bekerja adalah dari 48 jam. Namun, pindaan dibuat bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja. Malah, pekerja boleh bekerja dengan waktu yang fleksibel. Oleh itu, keputusan daripada kerajaan sebulat suara untuk mengurangkan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.

2. Cuti bersalin dipanjangkan 98 hari

Kerajaan sudah pun sebulat suara untuk melanjutkan cuti yang pada awalnya 60 hari kepada 98 hari. Malah, elaun bersalin juga dilanjutkan kepada 98 hari.

3. Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik

Berdasarkan Akta (Pindaan) 2022 ianya digabungkan iaitu cuti sakit berbayar adalah selama 14, 18 atau 22 hari bersama dengan cuti hospitalisasi 60 hari.

4. Cuti Paterniti 7 hari

Cuti Paterniti adalah cuti untuk suami membantu para isteri yang baru melahirkan anak. Dahulu, cuti paterniti hanya diberikan selama 3 hari tetapi selepas pindaan cuti paterniti dinaikkan sebanyak 7 hari dengan syarat pekerja tersebut hendaklah bekerja dengan majikan selama 12 bulan.

5. Pengiraan gaji tidak lengkap bulan

Pengiraan gaji bagi tidak lengkap bulan adalah berdasarkan ‘calendar of month’ dan bukannya 26 hari.

6. Hak wanita hamil tetap di jawatan yang sama

Tidak boleh sesuka hati memecat atau membuang pekerja wanita yang hamil sekiranya mereka tidak melanggar tiga perkara yang boleh membuat penamatan iaitu melanggar syarat kontrak kerja, masih melakukan tindakan salah laku selepas diberikan surat amaran dan syarikat terpaksa ditutup akibat muflis.

7. Notis kesedaran gangguan seksual

Majikan diwajibkan untuk menampal notis tentang kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.

8. Kelulusan awal Ketua Pengarah dalam penggajian pekerja asing

Pindaan turut mewajibkan keperluan mendapatkan kelulusan penggajian pekerja asing daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Antara pindaan utama yang lain adalah pembayaran upah melalui bank/cek dan tunai, larangan diskriminasi dalam pekerjaan, larangan buruh paksa, kontraktor untuk buruh mesti mengadakan kontrak dengan prinsipal, anggapan pekerja dan majikan, kuasa tambahan Mahkamah Majistret dan pelanjutan tempoh rayuan dan tempoh perantisan minimum enam bulan dan maksimum 24 bulan.


Share:

Monday, December 19, 2022

Kenapa pandang sinis, salahkah balik kerja on time?

Dipandang sinis apabila balik on time? Perkara ini sering berlaku di kalangan rakan-rakan di pejabat. Bila balik kerja tepat waktunya atau on time rasa bersalah seolah-olah melanggar disiplin. Apa nak takut? Balik kerja on time bukan satu kesalahan. Kita akan rasa malu atau serba salah kalau kita masuk office lambat tapi balik on time. Itu memang patut rasa bersalah sebab melanggar disiplin. 

Always leave office on time

Andai kata waktu kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bila habis waktu kerja pukul 5.00 petang boleh terus get ready balik. Majikan tentu suka bila ada kakitangan suka stay back buat kerja walhal mereka tak layak claim overtime. 
Share:
Copyright © Workwise Chronicles | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com